Kokurikulum Monkey Junior: Dijana oleh teknologi eksklusif

40 views
20/08/2024

Monkey Junior memanfaatkan pelbagai teknologi proprietari untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dan memaksimumkan keberkesanan pembelajaran untuk kanak-kanak. Antaranya,  teknologi M-Write, teknologi M-Speak, Pertandingan Bertutur, dan Teknologi Interaktif Secara Langsung.

Teknologi M-Write: Membina Kemahiran Asas Menulis

Teknologi eksklusif Monkey Junior M-Write, dengan jayanya dapat membantu kanak-kanak mempelajari huruf bahasa Inggeris. Dengan M-Write, kanak-kanak dibimbing melalui latihan menjejak huruf, yang pada awalnya mengikut templat kemudian beralih ke penulisan bebas. Teknologi pengenalan tulisan tangan memberikan maklum balas tentang kesilapan dalam tulisan, membolehkan kanak-kanak memperbaiki ketepatan dan kecekapan penulisan mereka. 

Teknologi Eksklusif M-Speak dan Teknologi Ucapan Ke Teks

Versi terbaru Monkey Junior menampilkan dua teknologi eksklusif AI: M-Speak dan Ucapan ke Teks. Teknologi ini membolehkan pengenalan suara dan transkripsi, pada masa yang sama menilai dan memberikan skor ucapan dalam proses pembelajaran, khusus untuk kanak-kanak dari usia 3 tahun.  

Khususnya,  teknologi M-Speak dan Ucapan ke Teks diintegrasikan ke dalam permainan pengucapan yang direka untuk kanak-kanak. Selepas mendengar arahan audio, kanak-kanak akan mengulang perkataan atau frasa tersebut. Sistem ini akan mengenalpasti suara dan sebutan mereka, memberikan markah, serta menawarkan penguatan positif apabila tugas berjaya diselesaikan.

M-Speak direka untuk memberikan markah sebutan berdasarkan pelbagai aspek Bahasa Inggeris lisan, seperti:

  • Pengucapan: Menilai pengucapan.
  • Kefasihan: Menilai tahap kefasihan.
  • Intonasi: Menilai intonasi dalam pertuturan.

Pendekatan multifaset ini memastikan ibu bapa dapat menemani anak-anak mereka dalam proses pembelajaran dengan mudah, tanpa mengira kebolehan bahasa Inggeris mereka. 

Selain itu, ibu bapa boleh menggunakan sistem pemarkahan untuk menilai kemahiran sebutan anak mereka, menilai kefasihan mereka berbanding penutur asli  dan mengenal pasti aspek  yang perlu diperbaiki. Ciri-ciri ini bukan sahaja memupuk perkembangan bahasa yang menyeluruh tetapi juga menyumbang kepada pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.

Pertandingan Bertutur: Menarik minat kanak-kanak dengan pertandingan sebutan dan meningkatkan keyakinan mereka  ketika berkomunikasi 

Monkey Junior memperkenalkan pendekatan inovatif dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dengan ciri Pertandingan Bertutur. Daripada belajar seorang diri, kanak-kanak akan terlibat dalam pelbagai pertandingan dinamik, membolehkan mereka berinteraksi dan bersaing secara langsung dengan kanak-kanak yang lain. Dengan ini, ia dapat memupuk peningkatan ketara dalam kebolehan berkomunikasi malah meningkatkan keyakinan dalam situasi Bahasa Inggeris sebenar.

Tambahan pula, dengan integrasi teknologi M-Speak yang canggih, sebutan kanak-kanak dinilai dengan tepat untuk setiap perkataan dan ayat, mengambil kira pelbagai aspek penting di dalam bahasa. Ia memperkasakan kanak-kanak untuk menguasai sebutan yang betul dengan cepat dan memperoleh keyakinan untuk berkomunikasi dengan penutur asli pada masa akan datang. Oleh itu, ciri Pertandingan Bertutur menyediakan platform yang ideal dengan menyatukan pembelajaran dengan keseronokan, memupuk perkembangan yang menyeluruh dalam kanak-kanak. Ia merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana ibu bapa!

Teknologi Interaktif Secara Langsung

Melalui Teknologi Interaktif Secara Langsung, kanak-kanak diserap dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif di mana mereka boleh meneroka dan berinteraksi dengan lebih daripada 4,000 aktiviti menarik. Dari video interaktif yang menampilkan cerita menarik ke permainan merangsang otak, setiap pelajaran seolah pengembaraan yang menyeronokkan, menggalakkan penerokaan aktif dan membawa kepada pengekalan pengetahuan yang mudah dan berkesan.

M-Write, M-Speak, Ucapan ke Teks, Pertandingan Bertutur, dan Teknologi Interaktif Secara Langsung – inilah ciri khas pendekatan inovatif Monkey Junior. Berikan anak anda hadiah pembelajaran dengan percubaan percuma Monkey Junior. Daftar hari ini!

Monkey
Monkey

Monkey là ứng dụng số 1 Việt Nam mang đến các chương trình Giáo dục chất lượng cao chuẩn quốc tế, với chi phí bình dân cho trẻ em.

Daftar untuk khidmat nasihat, tawaran istimewa yang sedia ada

Daftar untuk khidmat nasihat, tawaran istimewa yang sedia ada

Monkey Junior

Baharu!